Selamat Datang ke Blog Kisah Ku : AFHIERA AZAHAR. Enjoy

Monday, 7 April 2014

Kawan

Cuba lihat sekeliling kita, berapa jenis kategori kawan yang kita miliki. Walaupun mereka tergolong di dalam kategori yang berbeza, tapi masing-masing mempunyai ciri-ciri yang menawan . Bila kita memerlukan pertolongan mereka, tak kira kawan kita tergolong dalam kategori mana, mereka tetap menghulurkan bantuan. Di sini disenaraikan beberapa jenis kategori kawan yang kita perlukan..setiap satunya dan mengapa.

1. Si Pendengar

Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili kita salah atau tidak. Mereka tidak akan menyampuk luahan hati kita dan tidak akan memberi nasihat sehingga anda pinta. Kita patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda meluahkan perasaan tambahan lagi jika kawan jenis ini juga sangat bagus menyimpan rahsia. So mana dia?

2. Si jujur

Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang kita dengar. Mereka sangat jujur sehingga ditafsirkan sebagai biadap. Kawan jenis ini yang akan memberitahu kita sekiranya teman lelaki kita curang atau sekiranya kasut yang kita pakai tidak sesuai dengan baju kita. Namun, selepas die mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk kita kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk kita. So siapa dia?

3. Si Penggemar Fesyen

Bercerita pasal kasut atau baju yang mahal, tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon Guess. Maka, kita patut memiliki kawan yang tergolong dalan jenis ini kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada kita. Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya kita ingin berbelanja besar untuk satu-satu barangan mahal. Mereka mempunyai citarasa yang tinggi dan rasa fesyen yang sempurna. Namun perkara yang paling menarik, kita mempunyai akses penuh kepada almari beliau. Mesti hebat kan?

4. Si cergas

Ingin tahu DVD senaman yang mana patut dibeli atau yoga studio yang baru dibuka berdekatan dengan rumah kita patut dicuba atau tidak? Tanya saja si cergas. Mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak lokek berkongsi rahsia masakan rendah kalori yang lazat dan enak. Ingin berjoging tapi tiada yang teman? Ajak saja diaorang ini, diaorang sangat berbesar hati menemankan anda bersenam di taman.

5. Si Diva

Kita semua perlukan drama dalam hidup, maka tidak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka ini bukan ‘drama queen’ tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain. Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri sendiri, comel dan tiada musuh. Yang pastinya hanya suka berlagak diva dan tahu semua perkara. Apa apa pun awak tetap kawan saya si encik diva. 

6. Si Lasak

Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta kita yang pancit sekiranya kita tiada kawan lelaki yang boleh menolong kita. Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangan malah mereka sangat boleh diharap. Walaupun kita ni lesen kereta pun tak ada. 

7. Si pengambil berat

Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya kita demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak-kanak dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah kita boleh berkongsi masalah seperti yang kita lakukan bersama ibu kita. 



Sekarang lihat pada diri kita sendiri, jenis kawan bagaimanakah kita dan berapa jenis golongan kawan yang kita ada. Namun, kawan yang bersikap jujur dan baik hati tetap disukai ramai!.

No comments:

Post a Comment