Selamat Datang ke Blog Kisah Ku : AFHIERA AZAHAR. Enjoy

Monday, 7 April 2014

Kawan

Cuba lihat sekeliling kita, berapa jenis kategori kawan yang kita miliki. Walaupun mereka tergolong di dalam kategori yang berbeza, tapi masing-masing mempunyai ciri-ciri yang menawan . Bila kita memerlukan pertolongan mereka, tak kira kawan kita tergolong dalam kategori mana, mereka tetap menghulurkan bantuan. Di sini disenaraikan beberapa jenis kategori kawan yang kita perlukan..setiap satunya dan mengapa.

1. Si Pendengar

Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili kita salah atau tidak. Mereka tidak akan menyampuk luahan hati kita dan tidak akan memberi nasihat sehingga anda pinta. Kita patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda meluahkan perasaan tambahan lagi jika kawan jenis ini juga sangat bagus menyimpan rahsia. So mana dia?

2. Si jujur

Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang kita dengar. Mereka sangat jujur sehingga ditafsirkan sebagai biadap. Kawan jenis ini yang akan memberitahu kita sekiranya teman lelaki kita curang atau sekiranya kasut yang kita pakai tidak sesuai dengan baju kita. Namun, selepas die mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk kita kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk kita. So siapa dia?

3. Si Penggemar Fesyen

Bercerita pasal kasut atau baju yang mahal, tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon Guess. Maka, kita patut memiliki kawan yang tergolong dalan jenis ini kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada kita. Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya kita ingin berbelanja besar untuk satu-satu barangan mahal. Mereka mempunyai citarasa yang tinggi dan rasa fesyen yang sempurna. Namun perkara yang paling menarik, kita mempunyai akses penuh kepada almari beliau. Mesti hebat kan?

4. Si cergas

Ingin tahu DVD senaman yang mana patut dibeli atau yoga studio yang baru dibuka berdekatan dengan rumah kita patut dicuba atau tidak? Tanya saja si cergas. Mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak lokek berkongsi rahsia masakan rendah kalori yang lazat dan enak. Ingin berjoging tapi tiada yang teman? Ajak saja diaorang ini, diaorang sangat berbesar hati menemankan anda bersenam di taman.

5. Si Diva

Kita semua perlukan drama dalam hidup, maka tidak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka ini bukan ‘drama queen’ tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain. Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri sendiri, comel dan tiada musuh. Yang pastinya hanya suka berlagak diva dan tahu semua perkara. Apa apa pun awak tetap kawan saya si encik diva. 

6. Si Lasak

Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta kita yang pancit sekiranya kita tiada kawan lelaki yang boleh menolong kita. Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangan malah mereka sangat boleh diharap. Walaupun kita ni lesen kereta pun tak ada. 

7. Si pengambil berat

Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya kita demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak-kanak dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah kita boleh berkongsi masalah seperti yang kita lakukan bersama ibu kita. 



Sekarang lihat pada diri kita sendiri, jenis kawan bagaimanakah kita dan berapa jenis golongan kawan yang kita ada. Namun, kawan yang bersikap jujur dan baik hati tetap disukai ramai!.

Thursday, 7 November 2013

KESEMPURNAAN BAGI KU

Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar adalah menuju kesempurnaan. Ada kalanya kita mesti berjuang, serta belajar menyingkap segala rahasia kehidupan.
Perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita. Setiap hembusan nafas, detik jantung, dari siang hingga malam. Semua menuju titik yang sama, kesempurnaan.
Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu. Tidak ada seorangpun melebihi dari yang lain. Namun tak jarang setiap kita berbeza dalam menentukan sikapnya. Ada yang berjuang untuk melaluinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang merasakan sempitnya kesempatan yang dia ada.
Apa rahasia terbesar dalam hidup ini? 
Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.
Hidup ini merupakan proses pembelajaran menuju lebih baik dan memahami akan cinta yang Allah SWT berikan buat manusia di dunia ini.
Bulan Oktober sudah beranjak hampir setengah perjalanan. Sejak memasuki bulan ini, sudah saya cuba merefleksikan makna dari “ Born in the world “. Bagaimanan maksud born in the world ini menjadi sebuah pertanyaan.. Saya cuba belajar dan melatih diri memberi lebih dari sebelumnya. Jujur saja, apakah melalui kejadian ini, DIA sedang mengingatkan saya supaya jangan rasa ragu untuk mensyukuri apa yang menjadi fitrah seseorang Manusia kepada Sang Pencipta untuk ketika kita hidup untuk kepentingan pribadi, hidup ini tampak sangat tidak bersahaja, sangat panjang, pendek dan sangat kerdil. Itu bermula saat kita mengerti dengan bertambahnya usia kita, dan akan berakhir bersama berakhirnya usia hidup kita yang terbatas.
Namun, apabila kita hidup untuk orang lain iaitu dapat memperjuangkan sebuah fikrah, kehidupan ini terasa bermanfaat, memiliki makna, di selimuti kebahagian dan terasa panjang . Itu bermula bersama mulainya kehidupan manusia dan membentang beberapa masa setelah kita berpisah dari permukaan bumi ini. Sebaik-baiknya manusia adalah yang bermanfaat untuk banyak orang..


Di kehidupan sebagian manusia, ada yang sibuk mengumpulkan sesuatu yang menurutnya berharga, tetapi tidak mampu menikmatinya setiap proses pencapaiannya dan mengabaikan di sekitarnya. Sesungguhnya di sekitar kita sangat amat banyak “harta karun” yang sangat berharga, yang membuat hidup kita penuh warna kebahagiaan. Tetapi karena kesibukan, kita membiarkannya kelewatan dan akhirnya penyesalan datang lambat kerana kita tidak boleh menikmati hidup. Mari, mulai saat ini, belajar untuk tetap mampu menikmati dan mensyukuri setiap perjalanan kehidupan kita.


Fikrah adalah suatu angan-angan yang terlintas pada benak atau fikiran kita dan belum dapat diaplikasikan dalam bentuk atau tindakan nyata, contohnya cita-cita, misi, target, dan sebagainya .. 

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari…
Dia datangkan petir dan kilat …
Kita menangis dan bertanya-tanya…
Kemana hilangnya sinar…
Rupanya Allah akan menghadiahkan kita Pelangi.


Hari ini adalah hari dimana sisa usia saya berkurang lagi. 
hari dimana aku akan mendekat kepada akhir masaku walaupun tak tahu sampai bila usiaku ini bertahan.… 
hari dimana seorang anak yang terlalu biasa untuk dilahirkan di dunia ini. 
Hari, bulan dan tahun itu bagi saya memiliki mungkin arti sebagai logika Filosofi. Bukankah pepatah mengatakan tak ada yang tidak boleh dan tak mungkin dalam hidup ini kecuali tidak ada kemahuan.


Hari ulang tahun adalah hari yang istimewa dan bersejarah bagi setiap insan, hari dimana mereka lahir dan dimana mereka membuka matanya untuk melihat dunia yang terlalu indah untuk saya deskripsikan. Sebahagian orang membuat ulang tahun dengan gembira, berfoya foya bahkan mengadakan party yang seharusnya tidak dilakukan. Padahal dengan bertambahnya usia berarti sisa hidup kita untuk tetap berdiri di bumi semakin berkurang. jika dipikirkan lagi makna ulang tahun ini, selain bertambahnya usia juga ada banyak makna lagi. Dengan bertambahnya usia berarti pengalaman hidup kita juga bertambah, dengan pengalaman ini tentu akan menjadi modal untuk melangkah menghadapi masa depan. dengan datangnya hari ulang tahun berarti kita juga membuat dengan perenungan, artinya dengan usia kita yang sekarang ini, apa yang telah kita lakukan, apakah makna yang berguna yang telah kita lakukan atau malah hanya menjadi sampah hidup ini apabila kita hanya menjadi "sampah" untuk orang lain sebaiknya kita harus mengubah untuk kehadapan. dengan bertambahnya usia ini kita juga harus semakin sadar bahwa beban yang kita pikul untuk masa depan juga semakin berat namun bukan berarti sulit untuk kita tempuh.
Bertambah usia seharusnya semakin dewasa, semakin bahagia, dan semakin dekat dengan keberhasilan..


Menjadi yang Dicintai
Hal pertama yang harus dikedepankan dalam fikiran kita adalah usia merupakan kurniaan  Allah Subhanahu wa Ta’ala (SAW). Bertambahnya usia, selayaknya membuat kita menjadi manusia yang lebih bernilai di hadapan Allah SWT. Bila usia yang makin meningkat masa tua menjadi hal yang merisaukan, marilah menukar tempat kerisauan itu dengan semangat. Semangat untuk melihat lebih dalam apa yang telah kita lakukan dengan usia yang semakin menjemput senja. Bila semangat evaluasi ini menuntun kita pada sebuah kenyataan bahwa tak banyak yang bererti dengan usia yang sekian lama kita lalui, teruskanlah menjadi semangat untuk melakukan lebih banyak hal yang bererti.


Semangat untuk melakukan kebaikan ini akan membuat kita menyambut hari esok dengan penuh harapan dan kegembiraan. Ini akan membuat kita merasa bererti dan bersemangat untuk melakukan hal yang benar-benar bernilai. Hidup dalam optimisme dan keikhlasan akan membuat kita tak pernah terbeban oleh kesedihan manakala kita tak dapat meraih sesuatu yang berlebihan. Ini akan membuat kita senantiasa menikmati hari-hari yang dikaruniakan oleh Allah. Merasa menjadi hamba yang beruntung dan tak akan terusik oleh perkara-perkara kecil seperti tanda-tanda tua sekalipun. Kerana, dalam keadaan fizik seperti apapun, kita tahu apa yang harus kita lakukan. Sehingga kita pun tahu, bahawa kita akan sentiasa bermanfaat dengan hal yang terbaik yang kita lakukan.


Terima kasih untuk teman,dan orang-orang di kasihi dan tersayang yang membuat hidup ini penuh warna, penuh dengan cita-cita angan-angan yang terlintas pada benak atau fikiran dan belum dapat diaplikasikan dalam bentuk atau tindakan nyata.
Memberikan proses sebagai pembelajaran yang terus menerus tanpa henti dan memberikan nilai-nilai sebagai hal yang postive untuk menjadi seorang yang optimis untuk dapat melangkah lebih cermat dengan inspirasi – inspirasi kehidupan sebagai penyemangat dan motivasi untuk tetap selalu terSenyum semangat dan berfikiran positive disaat semua yang dilihat tidak sesuai dengan ekpetasi yang diharapkan tapi sebagai realita hidup yang mana harus di terima sebagai hal yang harus di syukuri untuk tetap Jangan Menyerah

Rahasia terbesar dalam hidup: 
Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. 
Dengan ilmu hidup menjadi mudah. 
Dan dengan iman hidup menjadi terarah.


YANG BENAR 

Afhiera Azahar 
<3

Sunday, 29 September 2013

Birthday Party

Asalamualaikum kawan kawan blog ku atau follower follower ku. Hahahaaha. Ehhh sekejap, my blog ni ada ke follower yang ramai. Kalau ada saya sangat le hebat hye. Kalau tak ramai pun tak apa, Shok sendiri bercerita tak apa asal kan tak ganggu orang lain.

Okey hari ni kita akan buka Topic BIRTHDAY PARTY. My family AZRAD sangat best. Sebab kalau nak sambung birthday. Mama and babah sama bulan. Me and sister and adik adik bulan lahir rapat rapat. So tak ada susah nya kalau kami semua nak buat jamuan atau birthday party untuk meraikan. Ramai yang cakap Kenapa perlu meraikan Birthday macam kolat dan batak. For me la kan, benda ni just untuk meraikan dan bersyukur kepada Allah yang kita masih panjang umur. Tak semesti nya kita buat birthday party, tapi kita boleh je buat Doa selamat contohnya. Tapi pada pandang orang zaman sekarang pikiran diaorang sangat kolot okey. Dan mulaut zaman sekarang sangat la "baik". Bila buat birthday party je mesti cakap tu ha ikut sangat budaya barat. ingat bagus sangat la tu. Hello, ada ke aku mintak ko duit untuk beli makanan tu semua. Mama penah cakap kalau kita nak buat sesuatu atau nak sesuatu kita kene tengok kemampuan kita. Jangan sebab jeles dengan orang lain b uat birthday party kita pun buat sampai sanggup pajak gadai semua. tu semua akan menyusah kan saja.Babah pulak cakap kalau nak buat tak perlu la kita memilih untuk menjemput, saya harap awak paham maksud ni.

Okey la. Kita biar kan aje apa orang nak cakap asal kan kita tak kacau hidup awak. Ni la tarikh tarikh keramat family AZRAD.


My Babah 

AZAHAR ISMAIL 

yang tarikh lahir nya jatuh pada 1/1/1964
Semua orang meraikan hari lahir babah. hahaha. And satu lagi babah share same date with adik perempuan dia tau. 



My Mamam
RADZIAH RAMLAN 


pulak yang tarikh lahir nya jatuh pada 16/1/1967
sama dengan bulan lahir babah just hari saja yang berbeza. 


My Sister 
AFIFAH ASMAHANI 

Along pulak tarikh dia adalah 22/8/1993
Tapi birthday dia now dah jarang di sambut sebab dia selalu busy dengan kawn kawan dia. And birthday dia masa dengan salah satu my geng serabut okey. nama dia Nur Safina.


My Adik Bongsu 
AIFA AIDA 


tarikh adik 18/9/1998
birthday dia awal dari saya. So bila nak raikan mesti saya jeles sebab dia sambut dulu dari saya. Hahaha. apa apa pun birthday dia sama dengan cousin kami belah mama. 
Syafiq Sazali 18/9/1992

Me 
AFHIERA ZULAIHA 


birthday saya 25/9/1993
saya ada share jugak tarikh ni dengan chef tempat practical dulu and housemate waktu belajar kat kolej.
nama chef tu wanchai and housemate husna kamal.

and last \

My Adik Ke 3 
AFHIERA AZLEEN 

yang ni paling last date dia 16/10/1997
dia tak apa nak di share nya. 


Tapi yang sedih nya saya lupa birthday tarikh awrah adik yang betul betul bawah saya. Mama saya dia lahir bulan tiga tapi mama tak sebut pulak tarikh dia.


Ni saja la yang nak di share nya. So kapada yang tak suka nak tahu atau fikir benda ni macam bodoh je jangan baca and jangan buka. 


LOVE 
AFHIERA AZAHAR 
<3<3<3

Tuesday, 3 September 2013

Menutup Aurat.

Asalamualaikum pembuka bicara. 


Dulu pernah teringin untuk memakai purdah..tapi nak pakai ini mestila istiqamah..niat mesti kerana Allah bukan sebaliknya. Kita tengok saje lah zaman sekarang ini orang dah tak pandang hormat pada wanita yang menutupi aurat apatah lagi wanita yang berpurdah kerana ramai yang salah menggunakan erti menutup aurat serta istilah berpurdah..hurm. Sedihnya kan bila wanita yang benar-benar menutupi aurat kerana mengikut syarak suda tidak dihormati..

Ini adalah manfaat yang wanita dapat bila memakai purdah dan kelebihan SITI FATIMAH R.A  :- 

- Manfaat di dunia dengan memakai purdah sepenuhnya.

- Di syurga Allah beri 70x ganda kecantikan Laiba (Ketua Bidadari). Inilah manfaat rohani dan akhirat jika wanita ini dapat amalkan purdah. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat Allah.

- Siti Fatimah berkata padaRasulullah S.A.W, "Hai Rasulullah jika seseorang dapat menjaga auratnya itu adalah lebih manis daripadaMADU tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus dari seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah amat susah.

- Siti Fatimah r.a dapat menjaga auratnya dengan sepenuhnya hingga akhirat kelak apabila dia hendak melintasi Titian Sirat, Allah S.W.T memerintahkan semua supaya tunduk dan berpaling pandangan mereka dari melihat Siti Fatimah r.a. Beliau sungguh pandang berat pada aurat hingga beliau meninggalkan wasiat supaya jika ia meninggal dunia maka kebumikan beliau pada waktu malam supaya tidak siapa dapat melihat samada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau pendek.


Tak apalah kalau tidak berpurdah pun kerana telah terungkap didalam AlQuran tentang aurat wanita iaitu seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..tetapi wanita berpurdah ini mempunyai kelebihan baginya..


- Allah akan tingkatkan Nur pada wajah 13x ganda daripada wajah asli. Kecantikan waajah seseorang wanita terletak bila Allah beri Nur wajah ini.
  

Subahanallah..begitu tinggi darjat yang diangkat bagi wanita berpurdah ini kan..tetapi begitu banyak juga halangan yang harus ditempuh..tidak perlu bimbang jika niat kerana Allah,tiada apa yang perlu ditakuti kerana Allah yang mengetahui isi hati kita dan hanya DIA yang bersama dengan orang2 yang berjihad dan benar.


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT 

KESALAHAN PERTAMA 

Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA


Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA


Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT


Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA 


Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM 


Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH


Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN


Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.






Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)"

   Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

KESALAHAN KESEMBILAN

Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : 
Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .


  Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikianlah menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH : 
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
 
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :

Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)


TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

 Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith,amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh . Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

“ Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)

    
   Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :

” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barang siapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah dibuat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. 
Firman Allah : 
« Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.

 Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend’ sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code’ tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard’ berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard’ pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk meli
hat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Maka hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : 
Dijadikan hidup dan mati adlah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya” (Al-Mulk : 2)


    Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

    Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

    Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..” ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

   Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?. Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?




 Walau pun ada sikit sikit saya copy and paste. Tak salah nak kongsi apa yang kita nak pelajari tentang sesuatu yang baru. Dan tak salah kita nak melangkah satu demi satu untuk diri kita sendiri. Kepada yang selalu membawa cerita TERIMA KASIH atas kebaikan anda. Yes memang saya tahu pahal dosa buka kita yang tentukan. Tapi just nak cakap TERIMA KASIH kerana bagi pahala "sikit" untuk saya ye. 

Dan ow ya. Walau pun sekarang saya masih tidak bertudng tidak bermakna saya tak boleh nak bercerita pasal ni kan. Tidak semesti nya kita saja yang nak tahu. Mesti ramai lagi yang ingin tahu tentang ni. 

Thursday, 11 July 2013

LELAKI CURANG

Asalamualaikum kawan kawan. Bila bulan puasa je mesti saya banyak update ni blog. Just nak kongsi apa yang baik ketika bulan puasa ni ha. Sharing is caring right. hahaha. Okey saya nak share pasal kenapa lelaki tak cukup satu atau simple thing is KENAPA LELAKI CURANG!!!


okey baca la apa yang saya nak share ni. 

Kenapa Lelaki Curang? Bercerita mengenai curang selalunya dikaitkan dengan kaum lelaki walaupun ada juga kaum wanita yang curang. Tetapi kali ini penulis ingin bercerita mengenai kenapa lelaki curang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu sebab-sebab lelaki berlaku curang. Berikut adalah sebab kenapa lelaki sering curang dengan pasangannya:

1. Merasakan dirinya terlalu hensem.

Merasakan diri terlalu hensem dan over konfiden selalunya terjadi kepada lelaki. Dia merasakan dirinya terlalu hensem apabila Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan gaya penampilan. Harus diingat bahawa muka hensem bukanlah menjadi aset utama kepada kejayaan di dalam perhubungan. Setia kerana muka hensem? Tidak mungkin berlaku jika lelaki itu tidak pandai menjaga hati si dia. Lumrah manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada wanita yang tidak terlalu memilih lelaki kacak atau hensem untuk menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada lelaki, janganlah terlalu merasakan diri terlalu hensem.


2. Terlalu ego dengan perasaannya


Sifat ego selalunya tidak pernah lari dari diri seseorang lelaki. Ego merupakan satu sifat yang secara lumrahnya ada di dalam setiap diri seorang lelaki. Apa yang membezakan seseorang lelaki dengan lelaki lain adalah tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang dan cinta terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta lelaki mula mencari wanita lain untuk mencari sayang dan cinta baru. Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana seringkali manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan kesempurnaan.

3. Ramai wanita lain menyukainya.

Lelaki akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai wanita lain menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai wanita lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.

4. Belum bersedia untuk setia.

Ramai lelaki yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya lelaki yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.

5. Niat membalas dendam.

Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh wanita juga antara penyebab lelaki membalas dendam. Mereka merasakan wanita patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana wanita. Ada juga penyebab lain menjadikan lelaki berniat membalas dendam kepada wanita antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan oleh ayahnya kerana wanita lain menggoda ayahnya. Lelaki itu terus menjadi pembenci kepada semua wanita kecuali ibunya sahaja.


So kepada yang masih single dan masih bergelar student tu harus berjaga jaga jangan sampai masuk mulut buaya seperti lelaki yang dah berKAHWIN, lelaki yang sudah BERPUNYA. Biar la lanjut usia atau tidak ada pasangan buat masa sekarang asalkan tidak ada kisah pasal PEREMPUAN RAMPAS HAK ORANG LAIN. 

Salam sayang dari 
AFHIERA AZAHAR